BLOGGER TEMPLATES AND Twitter Backgrounds »

Ahad, 20 Mac 2011

hey boy read this !

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Isnin, 14 Mac 2011

awk saya sayang awk .. tapi saya terpaksa :((

Awk….
Sy lepaskan awk…
Biarlah sy tanam rasa syg ini..
Biarlah sy buang rasa rindu ini…

Jika awk rasa getarnya…
Maafkan sy …
Tak ada niat untuk sy ganggu ketenteraman awk di kala ini…
Cuma iznkan sy luahkan apa yg terbuku di hati…

Malam tadi sy tak mampu lena..
Ada sesuatu difikiran..
Tapi APA?
Semakin lama, fikiran sy semakin celaru…kusut…
Hati sy mula resah….
Menghitung waktu
Menanti siang…
Bukan sebab sy rindukan awk…
Tapi sy takut tak sempat untuk tulis sesuatu lagi untuk awk…

Awk…
Maafkan sy…
Jika kata-kata sy menggangu perasaan awk…hati awk..
Anggaplah sy seperti angin lalu yg menguji kasih awk pada die…
Sy tak layak untuk terima kasih sesiapa…

Awk…
Bila awk sedar tentang hati ini….
Jgn awk tinggalkan die kerana sy…
Kerana bila awk buat die kecewa..
Maka sy juga akan rasa kecewa…
Sy tak minta awk untuk memilih…
Teruskan perjalanann awk…dengan die…
Jgn pandang sy, jgn lihat sy..dan jgn sesekali awk rasa rasa kehadiran sy…
Cukup kali ini…
Ni yg terakhir kali…
Maafkan sy…
Bukan niat sy jatuh hati…

jgn di tanya siapa...jgn di tanya mengapa....kerana ia lahir tanpa dipaksa...aku terima jika dia bukan ditakdirkan untuk ku..tapi aku tak blh terima jika dia tinggalkan kekasihnya di sebabkan aku.....


disaat kamu ingin melepaskan seseorang>ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
disaat kamu mulai tidak menyintainya>ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta dengannya
disaat kamu mulai bosan dengannya>ingatlah saat kamu ketawa bersama
disaat kamu ingin menduakannya>bayangkan kalau dia setia
disaat kamu ingin membohonginya>ingatlah disaat dia jujur padamu

maka kau akan merasakan erti dia didalam hatimu...jangan sampai bila dia tiada...baru kamu mengerti betapa berharganya dia...
~~~~~~~tiada hari tanpa kasih....selalu berlapang dada dan mengalah~~~~~~~~~
~~~~~~~tak ada yang tak boleh diikhlaskan.....tak ada yang tak boleh dimaafkan~~~~~~~~

Khamis, 10 Mac 2011

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.

"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.

Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.

"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."

Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."

Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung"Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..

Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak. 

Secret Admire

"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..

Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..

"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.

Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.

"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.

Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.

Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu. 

"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak  tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam. 

Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.


Adakah ia suatu diskriminasi?


"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita 
jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada 
sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.
Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas 
jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak 
akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh 
cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple 
mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita 
berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah 
tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang 
kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan 
dikahwinkan dengannya.."


Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya 
kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,


"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi 
hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi 
hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya 
hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang 
bukan milik dia.


Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.
Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai 
antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi 
apabila kita mencintai saudara perempuan, kita 
bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita 
ada batas-batasnya.


Orang kafir kata batas-batas ini suatu 
diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat 
itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki 
dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita 
mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna 
agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya. 
Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula 
dengan yang lain..


Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan 
dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha 
Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama 
bekerjasama untuk mencari redha Allah.. 

Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan 
untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang 
awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar 
biasa...


Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya 
persoalan hati ini.


"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh 
cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun 
bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada 
lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang 
curang, suami yang curang..
Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang 
penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita 
supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta 
itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia. 
Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang 
kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si 
dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita, 
segala perkara yang kita cintai dan sayangi 
termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah.. 
Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu, 
beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita 
benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata. ."


"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita 
sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu 
untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh 
memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri 
dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-
kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam 
hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa 
tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa 
sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta 
dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza 
dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah 
pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan, 
sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta 
dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu.. 
Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang 
pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "


Redha


"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan 
untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak 
mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau 
yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau 
dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang 
ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap 
insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing
-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat 
mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna 
dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil 
kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si 
lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..

Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "

Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.

"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."

Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

Jumaat, 4 Mac 2011

sayangi dye tika masih ada

sayangilah ibu bapa kita sewaktu dye masih ada .. dye amat mmerlukan ksih syg seorang ank yg di plihara sejak dari kecil , hingga nyamuk seekor pom tidak boleh hinggap di badan anak kesayangannye .. tapi ? anak snggup mmbunuh ibu bapa nye v.. di mana kah nluri seorang ank yang  dikandung selama 9 bulan ? tegar nye .. sayangi lah dye sbgai mne dye menyanyangi dri mu .. kita sering menyakitkan hati mereka tanpa kita sdr .. kita tahu tiada oram yang semprna dalam dunia ini . tp kita harus fikir tntang hti dan perasan seorang warga tua . setiap perbuatan kita yang melukakan hati nye . tidak prnah sekali dye mengatakan kita ini ank derhaka .. tetapi dye hanya mengatakan bertuah punye anak .. kita sering mmbuat ibu kita menangis dalam hati . dia tidak pernah mengeluarkan air mata depan anak - anak kerana ibu mahu menjadi wanita tabah dalam mendidik anak - anaknye ..sesungguh nye keperitan membesarkan ank pda zaman ini amat susah . sewaktu kita mahu melanjutkan pelajaran ke ipta atau ipts , ibu bapa sanggup mencari wang , menggadai tanah , menggadai barang kemas dan pinjam dengan ahli keluarga yang lain . sanggup nye ibubapa berkorban demi anak yang tercinta .. ttpi ... adakah anak - anak ingat  segala pengorbanan ibu bapa ?? malas anak - anak yang berjaya dan menjawat jawatan yang tinggi dalam perkerjaan sering sekali melupakan ibu bapa . malas pulang ke kampung jarang sekali .. kerinduan ibu bapa terhadap anak - anak hanya dalam kesedihan ..